Saturday, March 07, 2009

FUNGSI RAJA berdasarkan Prof Aziz Bari

Institusi Raja jangan hanya bersifat simbolik - Prof Aziz Bari

Muhammad Arif Ismail
Sat | Mar 07, 09 | 7:40:19 am MYT

SHAH ALAM, 7 Mac (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi rRaja jangan hanya bersifat simbolik yang hanya membuka sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen semata-mata.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bidang kuasa raja berperlembagaan di Malaysia dalam satu Forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' dekat sini, baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL.

"Mengenai bidang kuasa raja, payah nak buat senarai. Cuma kita kita boleh buat kajian mengenai apa itu Raja berperlembagaan dalam konteks negara kita.

"Bidang kuasa raja adalah yang pertama bersifat simbolik. Ia membawa maksud kerja raja hanya buka persidangan parlimen," katanya.

Menurut beliau, gambar raja terpapar di merata-rata tempat supaya tindak tanduk kerajaan tidak bersifat partisme, yang menyampaikan pingat itu bukan orang politik tetapi raja.

"Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bagaimana hendak membataskan kuasa raja. Kebanyakan kuasa raja adalah bersifat ceremonial atau upacara.

"Salah satunya ialah kuasa raja ialah ketua dalam bidang agama yang dibolehkan menjalankan kuasa agama tanpa nasihat kerajaan memerintah. Ini sudah termaktub dalam pelembagaan persekutuan dan negeri.

"Namun yang menjadi persoalan ialah adakah betul raja sebagai ketua agama menlaksanakan kuasa ini tanpa mendapat nasihat dari kerajaan.

"Ini bukan isu yang kecil, kerana Islam pada hari ini berkaitan dengan pengurusan masjid, pentadbiran wakaf, mahkamah syariah dan banyak perkara lagi yang berkaitan dengan islam," katanya.

Serta katanya lagi, Islam juga telah menjadi satu elemen penting dalam mewarnai seluruh kehidupan sebagai seorang muslim pada hari ini.

"Oleh itu, adakah mampu raja melaksanakan semua ini dan mungkin kebanyakan raja di Malaysia tidak mempunyai kelulusan dalam bidang agama. Ini masalahnya.

"Begitu juga, tugas raja sebagai ketua tertinggi panglima angkatan tentera Malaysia. Adakah semua raja mengalami latihan biasa untuk menjadi seorang tentera seperti institusi beraja di England. Tidak semestinya," tegas beliau. _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19738&Itemid=1

Sunday, May 18, 2008

PETA ke LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN


Pada hari SABTU,31 MEI 2008 Bersamaan 3 J’ Awal 1429 Hijrah

Di Lokasi majlis
No 18, Jalan SS 1/27 Kampung Tunku,47300 Petaling Jaya,
Selangor.

Aturcara Majlis
12.00 pagi - 4.00 petang




Pada hari SABTU, 7 JUN 2008 Bersamaan 3 J’ Akhir 1429 Hijrah
Di Lokasi majlis
285,Lorong Kapas, Kg Gong Kapas, 21100 K.Terengganu, Terengganu.

Wednesday, July 18, 2007

Hi-O Taipan 181



Analisa Kumpulan TAIPAN 181

Perlu Modal RM20800 untuk membeli 10 penapis air setiap unit berharga RM2080 dan bonus RM 4600 untuk pembelian 10 penapis air itu.
http://www.hai-omarketing.com.my/haio/images/bioaura_nano.jpg

Pilihan yang dilakukan untuk mendapat modal RM 20800.
1- Tabungan sendiri
2- Loan dengan Bank.

Tabungan Sendiri
Apabila mengeluarkan modal sendiri membeli 10 penapis air. Maka risikonya adalah agak terbatas.Sekiranya berjaya menjual 10 penapis air, maka dapat memulangkan modal dan mendapat keuntungan berjumlah rm4600 untuk jumlah 10 penapis air yang dijual. Oleh demikian, keuntungan dan risiko kerugian adalah terkawal.

Loan dengan Bank
Cuma cara ini agak berbahaya,bagi saya risiko agak tinggi. Tapi biasala, risiko tinggi keuntungan tinggi.

Pada masa kini, BSN menawarkan personal loan kadar paling rendah sekitar RM 276 utk setiap bulan selama 10 tahun. Jadi jumlah yang perlu dibayar kembali setelah meminjam 21000 untuk 10 tahun adalah RM 33120.Oleh yang demikian dengan membeli 10 penapis air dengan membuat loan, masih lagi rugi sebanyak RM 7420.
( Hutang Bank, RM 33120 tolak harga sepuluh penapis yang berjaya dijual kembali, RM 2080 tolak bonus RM 4600 untuk bulan pertama tolak RM 300,hadiah jam bonia-hadiah daripada stokes ….Hutang masih ada RM 7420 )

Jadi untuk mendapat balik kerugian ini, makan perlu mencari 2 orang untuk melakukan perkara sama seperti kita lakukan dengan membeli 10 penapis air,baru la mendapat bonus RM 10,200.Akhirnya mendapat keuntungan sebenar RM 10200 – RM 7420 = RM 2780.



Kesimpulan
Hi-O tidak bersalah, tetapi telah dimanipulasi dengan cara yang amat bijak dan cekap untuk mempengaruhi dengan menggunakan sifat tamak dan ingin kaya cepat dan mengambil jalan mudah!!!!
Apa pun Hi-O sure tidak kisah, sebab yang penting barangannya laku!!!

Persoalannya adakah ini perniagaan yang SEJATI???
Adakah kita mahu berjaya dengan cara ini???
Adakah ini cara menghasilkan usahawan tulin???


Perjumpaan Hi-O di Putrajaya berdekatan ALAMANDA

http://www.hai-omarketing.com.my/

Apa pun dengan penuh jujur dan ikhlas, saya doakan selamat berjaya menjadi USAHAWAN HI-O. Ini sekadar pandangan sahaja :-)

Sunday, July 08, 2007

AL GORE, satu drama?


Mmmmm….dahulu apabila G.W Bush memulakan kempen awal untuk US Presidency,mula-mula agak keliru.Adakah Bush semasa perang Iraq akan bertanding kembali,tetapi kenapa nampak muda.( Semasa itu saya membaca majalah MASSA).Rupa-rupanya anak”nya”. Cuma satu yang menarik, kempen yang dilakukan oleh G.W Bush lebih awal dari biasa dan terdetik dalam hati untuk mengikuti secara jauh mana perjalanan pertandingan itu. Sejak daripada itu, saya cukup suka untuk memerhati perkembangan politik dalam Negara Amerika terutama pertandingan pemilihan calon-calon presiden Amerika.

Pertandingan Bush vs Al Gore sangat sengit, sehingga terpaksa dikira semula dan melibatkan mahkamah Agung US.Pertandingan ini paling kontroversi dalam sejarah Amerika. Walaupun Bush menang, secara keseluruhannya, Bush belum cukup mendapat mandat psikologi majoriti rakyat US kerana kemenangan tipis dan tidak mendapat undi popular.

Semasa pertandingan kali kedua G. W Bush untuk mengekalkan jawatannya sebagai US Presiden melawan John Kerry. .(Saya mengikuti secara live hasil keputusan di msn.com) Semua orang di Malaysia yang dipengaruhi oleh akhbar di Malaysia meramalkan kekalahan Bush ( mungkin sentiment benci perang,kalau tulis dalam akhbar Bush akan menang, mesti jadi tak laku pulak, ditambah lagi hari-hari berita menyiarkan orang berdemostrasi mengutuk Bush dan pelbagai kritikan terhadap Bush), namun apa yang terjadi sebaliknya, Bush menang dengan majoriti yang sangat tinggi dan mencatat antara tertinggi dalam Sejarah Amerika. Hanya Tun Dr Mahathir sahaja yang meramalkan Bush akan dapat mengekalkan jawatannya.Nampaknya hanya Mahathir yang sangat memahami budaya dan kehidupan orang Amerika. Secara keseluruhannya, Bush memang hebat.Menang tipis kepada menang dengan bergaya pada pertandingan kali kedua, mungkin kelebihan sebagai “Defending Champ”.( Moral: jangan tertipu dengan akhbar dan media….boleh jadi apa yang disiarkan adalah apa yang suka di dengar dan dibaca oleh pembaca sahaja,bukannya satu kebenaran yang mutlak yang disiarkan, maklumla kita ini bukan berada di Amerika….)

Tetapi kali ini ada satu yang menarik perhatian saya, selama 6 tahun tidak berada secara langsung dalam kancah politik Amerika, Al Gore secara perlahan-perlahan mendapat meningkatan undi disebalik 2 muka baru dalam DEMOCRAT yang mengumumkan secara terbuka untuk merebut sebagai calon Presiden Democrat ( Hillary dan Obama). Menariknya sokongan yang diperolehi tanpa kempen yang dijalankan secara langsung oleh AL GORE
http://www.algoresupportcenter.com/
http://www.algore.org/
http://www.draftgore.com/




Walaupun berulang kali menolak untuk bertanding, tetapi masih ada sokongan-sokongan yang diberikan kepada Al Gore. Yang paling menariknya, even tanpa publisiti meluas ,Al Gore sedikit sebanyak menjadi topik dalam beberapa Majalah di US.
( The Washington Post notes in the article Supporters Push Gore to Run in 2008, "Veterans of Al Gore's past are quietly assembling a campaign to draft the former vice president into the 2008 presidential race - despite his repeated statements that he's not running [...] In 2002, Gore asked [Dylan] Malone, to stop a draft effort he had begun; Malone did. Malone started up again and, so far, Gore hasn't waved him off."[40]
The question of whether or not Gore will run is the cover story of the May 28, 2007 issue of TIME magazine, The Last Temptation of Al Gore. [41])


Cuma saya berfikir,
Adakah Al Gore sedang membuat perancangan secara senyap-senyap dan menilai sokongan, potensi dan peluang yang dimiliki olehnya ?


Adakah dia agak berhati-hati disebabkan kekalahan masa lampau?

Apakah kesan kepada Obama dan Hillary sekiranya AL Gore menyatakan kesudian untuk bertanding?

Cuma yang menarik perhatian saya adalah….. sekiranya Al Gore bertanding dan menang, cukup menyayat hati apabila seseorang yang pernah kalah, bangun dan bangkit untuk mencapai kejayaan!!!! Tunggu dan Lihat saje la..
(P/S:- apa pun dah nama US presiden, sapa pun yang jadi, perangainya tetap JAHAT)

Thursday, July 05, 2007

Berjumpa Mat Duan dan Anak Sulongnya


Mat Duan bersama anak kesayangannya MUHAMMAD ARSHAD HAKIM BIN AHMAD RIDZUAN
Pada hujung minggu yang lalu,,1/7/07, saya pergi ke Bangi seperti biasa. Selain berjumpa kawan-kawan untuk bermain catur, matlamat sebenar adalah untuk berjumpa dengan Mat Duan, maklumla beliau sudah menjadi ayah(lepas ni layak menyambut Hari Bapa)....dapat anak sulong, jelas tergambar kegembiraan di wajahnya walaupun tidak cukup tidur dan demam.…….Apa pun tahniah dan moga-moga dapat anak 11 orang, cukup satu team bola, maklumla Mat Duan ni minat n tere main bola….moga-moga lepas ini giliran aku pula :-) ASYIK ORANG Je...

Selepas itu aku berjumpa pula dengan Mat Rozi, lama tak jumpa dia...macam-macam sembang, dia pun nk kawin jugak....lepas tu aku tidur kat rumah Zul Ishak,macam biasala "Hotel" aku kat Bangi.

Thursday, May 13, 2004